Kemudahan asas Kampung_Cina,_Kuala_Terengganu

Pendidikan

Tempat beribadat

Sejarah

Kampung Cina, Kuala Terengganu telah berusia lebih 300 tahun, dan pernah menjadi tempat tinggal pedagang dari Selatan China.[1] Kawasan ini menempatkan kedai lama yang kini telah banyak diubahsuai untuk menjadi restoran, kafe dan rumah tumpangan dengan ciri moden. Generasi baru penduduk asal di kawasan kampung ini kini dikenali sebagai Peranakan.[2]

Kampung Cina terdiri daripada dereten kedai-kedai lama, dari Pasar Besar Kedai Payang sehingga pintu gerbang naga Hotel Seri Malaysia, menampilkan kebudayaan Peranakan dengan lorong-lorong yang dilukiskan dengan graffiti dan seni moden.

Pada setiap tahun, penduduk di sini meraikan Pesta Peranakan Terengganu di mana pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo masakan, dan pasar malam. Pada masa ini jugalah mek atau kaum wanita akan memakai sarung kebaya, yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu. Majoriti masyarakat Cina di Terengganu fasih berbahasa Melayu dalam loghat Terengganu, dan masakannya turut mendapat pengaruh tradisi Terengganu seperti dimasak bersama budu. Masakan Peranakan di sini juga adalah unik dan mungkin tidak ditemui dalam komuniti Peranakan yang lain, seperti keropok lekor yang dikukus, ceranang, serta jeruk betik.